Jenama motosikal tempatan, MAKA Motors memperkenalkan skuter elektrik pertamanya ke pasaran Indonesia pada harga Rp 35.8 juta (RM9,846).
Menggunakan tagline ‘Motor Paling Enak’, MAKA Cavalry menggabungkan rekaan yang agresif di depan dan elegan di belakang.
Penampilan bahagian depan skuter Cavalry digabungkan dengan penggunaan lampu projektor LED dan nyala siang (DRL).
Ada tiga komponen utama menggerakkan motosikal berkenaan iaitu bateri Intercellar yang berkapasiti besar, dinamo Revium serta kawalan Osiris yang dikatakan cekap mengatur sumber tenaga dari bateri.
Pengecasan bateri penuh menawarkan jarak perjalanan sejauh 160km berkat penggunaan kapasiti bateri 4 kWh dan mod tunggangan Hi-Regen yang boleh menawarkan jarak lebih jauh di samping Hi-Torque.
Bateri tersebut mendapat kelulusan IP67 sehingga tahan habuk dan kalis air sedalam 60sm.
MAKA Cavalry menghasilkan kuasa 12hp dan tork 242Nm dengan kelajuan maksimum 106kmj. Pecutan dari 0-60kmj dicapai dalam tempoh 4.8 saat. Ia juga mampu mendaki bukit sehingga 30 darjah.
Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah slot pengecas USB jenis A dan C, skrin LCD, indikator pengecasan LED, ruang simpanan bawah pelana 20 liter, sistem brek hibrid, dua brek cakera dan ciri undur.
MAKA Cavalry turut didatangkan dengan pengecas. Bagi jarak sejauh 20km per hari, ia boleh dicas dengan MAKA Charger selama 60 minit menggunakan kuasa 500 watt, max 6A.
Jika menggunakan MAKA Charger+ dengan 1,200 watt, max 15 A, boleh dicas selama 26 minit. Jika menggunakan stesen pengecasan pantas MAKA dengan 5,500 watt, max 52 A, hanya mengambil masa 12 minit.