Tular di media sosial menunjukkan sebuah lori sampah melebihi muatan di jalan raya.
Video berkenaan dikongsi akaun TikTok @myviewcaptured dengan kapsyen “Bolehkah seseorang memberitahu saya bagaimana mungkin sebuah lori sampah tanpa nombor plat berada di jalan raya? Dan semua sampah bertimbun.”
Timbunan plastik sampah hitam disusun di atas lori berkenaan lalu diikat dengan tali sekaligus menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.
@myviewcaptured Can someone tell me how is this possible a rubbish lorry without a number plate is on the road ? And all rubbish stacked up 🤯 #drive #lorry #lorrydriver #jpj #runbish #road #roadsafety #malaysia #malaysiatiktok #fyppppppppppppppppppppppp #fy
Bagaimanapun, jika diperhatikan pada video tersebut boleh dilihat posisi nombor plat lori sampah berkenaan diletakkan di bahagian atas. Namun, tidak kelihatan dengan jelas.
Kebanyakan pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu lori berkenaan dan berkongsi kejadian sedemikian turut berlaku di kediaman mereka.
“Dekat Kota Damansarapun camni jugak lori sampah penuh plastic hitam lebih muatan..terkejut tengok,” tulis Nizamdot.
Menurut Rahizan yang juga pemandu lori di Langkawi tindakan sedemikian dilarang oleh syarikat.
“Aku pun keja macam ni jugak kat langkawi..tak boleh satu barang pun ada bergantung atau di ikat di body lori..syarikat melarang,” tulisnya di ruangan komen.
Ada juga dalam kalangan netizen yang mendakwa pekerja kutip sampah membuat kerja sampingan dengan mengumpulkan barangan kitar semula untuk dijual.
“Bukan salah dia, salah orang buang sampah berlebihan, dia ambil yang mana boleh di kitar semula itu lah tambahan duit depa, cuma satu muatan dia tak sepatutnya macam tu.”
“Company boleh hantar dua lori kalau mintak. Tapi diaorang ni cari makan. Driver dengan kelindan. I pun keliru lori sampah sekarang buat besi buruk atau ambil sampah.”