Punca kemalangan, polis kesan lelaki pandu kereta lawan arus

28

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan di Jalan Chain Feri di Butterworth pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek berusia 30-an melanggar beberapa kenderaan dan menyebabkan lima mangsa cedera.

Honda

Menurutnya, suspek kemudian bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Siasatan dilakukan mendapati lelaki itu memandu kereta secara melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di laluan bertentangan hingga mengakibatkan lima orang cedera.

“Kita masih lagi mengesan suspek yang terus melarikan diri selepas berlaku insiden berkenaan di lokasi kejadian,” katanya. 

Anuar berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sejak Sabtu tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang memandu melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di Jalan Chain Feri.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here