Geparda, kereta ‘tiga-roda’ yang boleh dipandu remaja 16 tahun di Eropah

19

Nampak macam sebuah kereta tiga roda (ingat lagi kisah Reliant Robin?), tapi ia sebenarnya sebuah kereta empat roda yang masih lagi boleh dipandu secara halal atas jalan.

Sebuah syarikat Eropah, Geparda menghasilkan kereta unik ini supaya ia boleh dipandu oleh seorang remaja berusia 16 tahun yang memiliki lesen memandu A1.

Honda

Ia dibina berdasarkan Volkwagen Up! yang telah lama dihentikan produksi, namun dengan gandar belakang yang telah diubah suai serta enjin 1.0 liter yang direndahkan kuasanya kepada 20 hp.

Tidak seperti kuadrisikal di dalam segmen L6e seperti Citroen Ami atau Renault Twizy, kereta ‘tiga roda’ ini diklasifikasikan di bawah kategori L5e dan mengekalkan ciri keselesaan yang anda jangkakan daripada sebuah kereta sebenar.

Sebelum dijual secara rasmi, pihak Geparda telah menguji sendiri keupayaan kereta ini sejauh ribuan kilometer.

Untuk memastikan kereta ini tidak mudah terbalik terutama di selekoh tajam, Geparda memasang bar pengimbang H&R pada gandar hadapan dan spring Eibach di belakang.

Masuk ke dalam ruang kabin, ia masih mengekalkan ciri-ciri seperti pendingin hawa serta pemanas tempat duduk, namun kedudukan roda baharu itu menyebabkan ruang kargo menjadi lebih kecil.

Walaupun dibina berdasarkan model yang telah dihentikan produksi, harga jualan Geparda tidaklah semurah yang dijangka.

Berdasarkan semakan di laman web syarikat tersebut, harga untuk sebuah kereta dua pintu bermula dari €22,850 (RM106,108) manakala versi empat pintu pula bermula dari €23,500 (RM109,127).

Selain daripada Geparda, pemilik lesen A1 boleh mendapatkan model sebegini daripada syarikat Ellenator yang menawarkan model seperti Fiat 500, Seat Ibiza, Skoda Fabia dan VW Polo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here