MOT, JPJ bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai integrasi MySIKAP

21

Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.

Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

Honda

Beliau berkata walaupun pembeli boleh melakukan semakan saman di aplikasi myJPJ, terdapat kekangan dan kawalan perkongsian data kepada pengguna.

“Perkara ini bagi memastikan pengguna lebih selamat dan terjamin selain boleh melihat dahulu kondisi motosikal tersebut sebelum meneruskan urusan transaksi.

“Sistem pendaftaran motosikal sama dengan kereta, ada geran. Apabila transaksi berlaku ada pertukaran nama, hak milik dan sebagainya. Sekarang perlu buat secara manual di JPJ.

“Kalau untuk kereta, ada sistem EAUTO yang membolehkan pemilik kereta menukar hak milik, motosikal tak ada lagi,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here