Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan tawaran Honda E-Clutch pada CB650R di samping pilihan warna badan dan grafik baharu.
Teknologi E-Clutch tidak lagi memerlukan operasi tuil klac manual ketika berhenti, mula bergerak mahupun menukar gear, sekaligus memberikan pengalaman menunggang yang lancar untuk semua tahap kemahiran penunggang.
Bagaimanapun, buat rider yang lebih sukakan operasi tradisional, tuil klac kekal berfungsi dan boleh digunakan secara automatik apabila diperlukan.
Melengkapkan sistem ini ialah ciri-ciri canggih seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan traksi lebih baik dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran.
Honda CB650R dikuasakan enjin 649cc DOHC yang kini mematuhi regulasi Euro 5. Ia menghantar kuasa 70kW @ 12,000rpm dan tork 63Nm @ 9,500rpm ke roda belakang.
Kecekapan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik SFF-BP 41mm dan casis lebih ringan.
Ciri peralatan lain termasuklah skrin TFT, pencahayaan LED, pengecas USB jenis C, serta pilihan aksesori tambahan.
Dengan aplikasi Honda RoadSync yang disambung ke telefon membolehkan penunggang mengakses navigasi dan muzik dengan mudah.
BSH turut menawarkan pilihan warna lebih segar iaitu Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic dan Candy Chromosphere Red dengan perincian hitam pada pelindung sesondol, suspensi dan tuil.
Honda CB650R dijual pada harga RM47,999 (tanpa insurans) dengan jaminan kilang dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana tiba dahulu).