SUV Paling Jimat Minyak? JAECOO J7 PHEV baru sahaja buktikannya!

6

Sebelum pelancaran rasmi Jaecoo J7 PHEV pada Februari ini, penulis dijemput untuk menyertai pertandingan pandu uji merentas tiga negara iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand dengan hanya menggunakan satu tangki bahan api dan kapasiti penuh bateri.

Kedengarannya seperti kisah yang mustahil, tetapi percayalah, ini adalah realiti!

Dalam perjalanan itu, SUV plug-in hybrid itu berjaya menempuh jarak sejauh 1,051km untuk tiba di Songkhla, Thailand. Yang mengejutkan, selepas sampai ke destinasi, kenderaan berkenaan masih mempunyai baki jarak 269km untuk bahan api dan 21km untuk bateri elektrik, menjadikan jumlah keseluruhan sejauh 1,341km.

Honda

Namun, penulis hanya menduduki tempat ketiga dalam cabaran berkenaan. Tempat kedua mencatatkan 1,355km, sementara juara pertama merekodkan jarak luar biasa sejauh 1,427.5km.

Apa rahsia mereka? Tidak banyak, cuma teknik pemanduan bijak seperti mengekalkan kelajuan pada 100km/j dan kadang-kadang menutup penyaman udara.

Bagaimanapun, taktik menutup penyaman udara itu adalah tidak terlalu efektif. Apa yang penting, ciri rangkaian kuasa yang ada pada J7 PHEV itu sebenarnya yang membuktikannya kenderaan berkenaan adalah menjimatkan minyak. Gambar di bawah penulis memandu Jaecoo J7 PHEV.

J7 PHEV Super Hybrid System

Rahsia sebenar jarak luar biasa ini terletak pada teknologi rangkaian Super Hybrid System. J7 PHEV adalah kenderaan dua alam – menggabungkan tenaga bahan api dan elektrik dengan lancar untuk kecekapan maksimum.

Dengan kombinasi enjin 1.5 liter pengecas turbo dan bateri elektrik 18.3kWh, JAECOO J7 PHEV mampu menghasilkan 341hp dan tork 525Nm, memberikan prestasi yang mengagumkan dengan penjimatan bahan api luar biasa. 

Apa yang lebih menarik, pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 8.5 saat, menunjukkan bahawa ia bukan sekadar SUV biasa.

Untuk elektrik berdasarkan spesifikasinya, ia boleh dipandu sejauh 109km (NEDC) dengan cara pengecasnya pula sama seperti Kenderaan EV membabitkan: 

  • Pengecasan perlahan: Soket rumah 230V, 0% ke 100% dalam 8.5 jam pada 3.3kW.
  • Pengecasan AC: Dari 30% ke 80% dalam 3 jam pada 6.6kW.
  • Pengecasan DC pantas: Dari 30% ke 80% dalam 20 minit pada 40kW.

Kenapa program itu dilaksanakan

Apa yang dilakukan oleh Jaecoo Malaysia untuk program itu, adalah untuk membuktikan bahawa SUV PHEV itu adalah sebuah kenderaan sangat jimat minyak.

Ia sebenarnya melepasi jarak yang dilakukan pihak Jaecoo di China pada Oktober lalu dengan jarak pemanduan 1,300km dari Guang Zhou ke Wuhu.

Sementara itu, Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, yang hadir pada sesi penyampaian hadiah pada acara berkenaan bangga dengan pencapaian berkenaan untuk menunjukkan prestasi JAECOO J7 PHEV kepada pasaran tempatan.

Menurutnya, kehebatan J7 PHEV diuji semasa perjalanan itu, ia membuktikan janji jenama JAECOO untuk menyediakan kenderaan terbaik dalam kelasnya. 

“Selain menjadi satu-satunya PHEV dengan keupayaan pengecasan arus terus (DC), teknologi Super Hybrid System kami adalah yang pertama dalam kelasnya di Malaysia. 

“Kami sangat teruja untuk pelanggan menikmati manfaat JAECOO J7 PHEV tidak lama lagi,” katanya.

Harga pasti mengejutkan!

JAECOO J7 PHEV hanya akan ditawarkan dalam varian pacuan dua roda (2WD) di Malaysia. SUV ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Februari 2025, dengan harga yang pasti mengejutkan ramai. Bersedialah untuk menyaksikan SUV plug-in hybrid terbaik yang bakal merevolusikan pasaran!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here