Penunggang motosikal maut rempuh Toyota Hilux, elak jalan mendap

60

Seorang pekerja ladang maut apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Jalan Felda Aring 5 selepas mengelak lubang dan jalan mendap, di Gua Musang, pada Isnin. 

Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa, Muhamad Khairul Nidzan Che Soh, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu trak pikap bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.

Honda

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Honda RS150R dalam perjalanan ke tempat kerja di Paloh 1 dari rumah. 

“Motosikal mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan ketika mengelak lubang dan jalan mendap di laluan sahnya sebelum bertembung dengan Toyota Hilux.

“Pikap dipandu lelaki berusia 55 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak motosikal mangsa sehingga menyebabkan berlaku pertembungan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan di bawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222atau Pegawai Penyiasat di talian 012-4027283,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here