Cybertruck kini kerap dilihat di jalan raya Amerika namun percubaan untuk mengimportnya merentasi Atlantik tidak berjalan lancar.
Pihak berkuasa telah merampas versi ubahsuai pikap elektrik Tesla itu yang mana polis memberi amaran EV itu tidak sah dipandu dan boleh mendatangkan bahaya kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain.
Tesla Cybertruck yang dilengkapi dengan bar lampu dan pelekat pembalut kereta kustom “Cyberbeast” itu ditahan di Whitefield, berhampiran Manchester di barat laut England.
Pihak berkuasa merampas kenderaan itu selepas mendapati Cybertruck itu didaftarkan dan diinsuranskan di luar negara yang menyalahi undang-undang di UK.
Menerusi hantaran di X, Polis Greater Manchester memberi amaran bahawa EV itu tidak memiliki sijil pematuhan yang mana menyalahi undang-undang digunakan di jalan raya.
“Walaupun ini mungkin kelihatan remeh bagi sesetengah pihak, kebimbangan yang sah wujud mengenai keselamatan pengguna jalan raya atau pejalan kaki lain jika mereka terlibat dalam perlanggaran dengan Cybertruck,” kata polis.
BERAT CYBERTRUCK TIDAK SESUAI DENGAN LESEN MEMANDU
#SEIZED | Officers from #GMPTransportUnit stopped this Tesla Cybertruck in #Whitefield last night 🚔
The driver was a permanent UK resident, but the vehicle was registered and insured abroad, which is prohibited in the UK.
The car was later seized and the driver was reported. pic.twitter.com/IvfeloAFXb
— Bury Police (GMP) (@GMPBuryPolice) January 17, 2025
Kemunculan Cybertruck pada 2023 meraih perhatian global dengan rekaan badan yang unik. Walaupun tiba di Mexico dan Kanada tahun lalu, ia tidak tersedia di Eropah yang merupakan salah satu pasaran terbesar Tesla.
Bahagian tepi trak yang tajam menyaksikan beberapa pemilik melaporkan kecederaan di Amerika. Berkemungkinan ia melanggar peraturan di Kesatuan Eropah dan UK yang menghalang kenderaan dengan unjuran luaran yang tajam dijual.
Berat Cybertruck juga menjadi salah satu halangan ia dijual di Eropah. Ia memiliki berat
Kenderaan itu mempunyai berat antara 4.4 dan 4.5 tan yang mana ia melebihi berat untuk dipandu di Eropah dengan lesen memandu standard. Kebanyakan pemandu di UK dan EU memerlukan lesen berbeza untuk kenderaan melebihi 7,700 paun.
Beberapa Cybertruck yang diubahsuai telah diimport ke Eropah. Kumpulan kempen telah menggesa trak itu diharamkan sepenuhnya selepas trak dengan tepi berlapik getah itu didaftarkan di Republik Czech tahun lalu.