Honda City guna nombor plat fancy ‘MIRA’ dikompaun

13

Pemandu Honda City menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Kereta itu ditahan dalam rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hala Utara.

Honda

Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suami sempena nama dirinya.

Susulan itu, anggota penguatkuasa mengeluarkan notis JPJ (P)22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987.

“JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut.

“”Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959 dan boleh dikompaun tidak lebih RM300,” tulis hantaran JPJ Negeri Kedah di Facebook. 

ARTIKEL LAIN

JPJ: Orang awam boleh lapor jika nampak kenderaan guna nombor plat fancy

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here