Bulan Januari nampaknya bukanlah satu bulan yang baik buat supercar lagenda Ferrari F40.
Setakat artikel ini ditulis, sudah dua kejadian kemalangan melibatkan Ferrari F40 dilaporkan oleh media antarabangsa.
Lupakan seketika berita yang menyedihkan itu, kerana ada satu berita positif yang muncul dari Maranello, Itali, juga melibatkan Ferrari F40.
View this post on Instagram
Lebih tepat lagi, jentera F40 itu muncul di dalam satu gambar rasmi yang dimuat naik oleh juara dunia F1 Lewis Hamilton ketika pertama kali muncul di ibu pejabat ikonik Enzo Ferrari.
Untuk makluman, bermula tahun ini Lewis Hamilton akan memandu jentera Formula Satu Ferrari bersama rakan sepasukannya Charles Leclerc setelah 12 tahun berlumba di bawah pasukan Mercedes-AMG.
Ferrari bukanlah satu jenama yang asing buat Lewis Hamilton, memandangkan juara dunia itu telah memiliki sekurang-kurangnya tiga jentera Prancing Horse: 599 GTO, 599 SA Aperta dan LaFerrari.
View this post on Instagram