Elon Musk antara punca nilai jenama Tesla jatuh

7

Berdasarkan analisis terbaharu daripada Brand Finance, nilai jenama Tesla turun sebanyak 26 peratus berbanding tahun lepas, meletakkannya di tangga keempat di kalangan jenama automotif, lapor CNBC.

Brand Finance menganggarkan jumlah nilai keseluruhan Tesla pada $43 bilion (RM191 bilion), turun daripada $58.3 bilion (RM259 bilion) pada tahun 2024 dan $66.2 bilion (RM294 bilion) pada tahun 2023.

Honda

Penurunan nilai ini membolehkan jenama Mercedes ($53 bilion atau RM235 bilion) dan Hyundai memintas kedudukan Tesla di mana masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Toyota pula kekal di kedudukan pertama sebagai jenama automotif yang paling bernilai, pada $64.7 bilion (RM287 bilion) atau peningkatan sebanyak 23 peratus.

Kajian terbaharu itu tidak dikira berdasarkan prestasi saham dan jualan semata-mata, akan tetapi bergantung kepada maklum balas daripada soal selidik yang direka untuk menyerlahkan sikap terhadap jenama, perjanjian perlesenan dan banyak lagi.

Brand Finance mencadangkan kejatuhan nilai Tesla berpunca daripada barisan kenderaan yang sudah berusia, serta sikap bosnya sendiri, Elon Musk di luar industri automotif termasuklah dunia politik.

CEO Brand Finance, David Haigh menjelaskan kepada laman CNBC, “Terdapat pihak yang berfikir dia (Elon Musk) seorang yang hebat, namun ramai yang tidak berfikir sedemikian.

“Jika anda membeli kenderaan elektrik, personanya berkemungkinan besar akan memberikan impak terhadap pandangan anda untuk membeli kenderaan jenamanya, tapi ia hanyalah salah satu daripada banyak faktor,” ujarnya lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here