Dacia Sandero kereta paling laris di Eropah tahun 2024

6

Tatkala banyak pasaran menyaksikan peningkatan trend pemilikan SUV dan trak pikap, lain pula halnya yang berlaku di pasaran Eropah.

Ternyata, kereta-kereta hatchback bersaiz kecil masih lagi menjadi pilihan utama untuk tahun 2024, di mana tiga tangga teratas dikuasai oleh model seperti Dacia Sandero, Renault Clio dan Volkswagen Golf.

Honda

Menurut kajian daripada Dataforce, Dacia Sandero menjuarai carta jualan di Eropah, dengan jumlah jualan sekitar 270,111 unit atau peningkatan sebanyak 14.3 peratus.

Tempat kedua pula disandang oleh Renault Clio (216,569 unit) dengan peningkatan sebanyak 6.5 peratus, sementara tangga ketiga pula dikuasai oleh Volkswagen Golf dengan jumlah 216,549 unit (naik 17.5 peratus).

Tidak sukar untuk melihat kenapa Dacia Sandero menjadi pilihan utama di kalangan rakyat Eropah.

Bergantung kepada pasaran, Dacia Sandero boleh didapati dengan pilihan enjin tiga silinder 1.0 liter aspirasi semula jadi atau enjin turbo.

Sesetengah pasaran pula menawarkan model Sandero ini dengan enjin yang boleh disuap bahan api gas petrolium cecair (LPG) yang lebih murah berbanding petrol.

Selain itu, model Sandero juga tidak dilengkapi dengan teknologi elektrifikasi bagi memastikan harga jualannya lebih rendah.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here