DBKL sita lima pusat cuci kereta warga asing

11
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan ke atas lima premis pusat cuci kereta dikendalian warga asing di Wangsa Maju.
 
Menerusi hantaran di Facebook rasmi DBKL, tindakan itu dijalankan di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
 
“Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
 
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.
 
“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan tertera seperti berikut,” tulisnya.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here