Lexus Jepun mengumumkan kemas kini terhadap model sedan IS dengan menawarkan varian baharu F Sport Black IV yang lebih istimewa.
Penawaran keempat F Sport Mode Black untuk IS300 dan IS300h ini menampilkan satu set rim aloi tempa BBS yang didatangkan dengan kemasan hitam, diikuti dengan aksen berwarna serupa pada bahagian luaran.
Untuk ruang kabin pula, sedan sporti ini diberikan kemasan kayu pada panel pintu dan roda stereng, balutan kulit berliang pada roda stereng dan tombol gear, serta upholsteri Ultrasuede pada tempat duduk sports.
Di Jepun, Lexus IS300 dikuasakan oleh enjin empat silinder 2.0 liter manakala Lexus IS300h pula didatangkan dengan enjin hibrid 2.5 liter – kesemua varian merupakan versi pacuan roda belakang.
Harga jualan Lexus IS F Sport Mode Black IV bermula dari ¥5,910,000 (RM168,148) untuk varian IS300, dan dari ¥6,350,000 (RM180,667) untuk varian IS300h.