Tindakan panas baran seorang warga emas yang memukul seorang kakitangan Puspakom, minggu lalu mengundang padah apabila didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.
Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Koh Soon Hua, 60, setelah dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd. Suzaini Mohd. Taib pada pukul 5.40 petang, 18 November lalu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif.
Sebelum ini tular di media sosial satu rakaman video rakaman televisyen litar tertutul (CCTV) memaparkan lelaki warga emas itu bertindak memukul muka seorang kakitangan Puspakom di Taman Daya.
ARTIKEL LAIN
Video pelanggan tampar kakitangan Puspakom berlaku November lalu