Ibu dan anak ditemui maut dalam BMW

337

Seorang ibu bersama anak perempuannya ditemui maut dalam sebuah BMW yang diparkir di tepi jalan di depan sebuah sekolah kebangsaan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, dua beranak yang berusia 42 tahun dan 14 tahun itu ditemui oleh orang awam pada jam 9 malam.

Honda

Katanya, kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Kita menerima laporan berhubung penemuan kedua-dua mangsa itu jam 10 malam tadi.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi tujuan bedah siasat dan pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.

“Bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa masih menunggu siasatan makmal (pending laboratory investigation),” katanya.

Sementara itu Balveer Singh berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya kejadian berlaku akibat kebocoran saluran minyak petrol di bahagian enjin.

Katanya, keadaan itu menyebabkan berlaku pemeluwapan hingga memasuki saluran pendingin hawa kereta berkenaan.

“Maklumat kita dapat berdasarkan siasatan awal, kita lihat menerusi perbualan terakhir mangsa dalam kumpulan Whatsapp mangsa bersama-sama kawannya dalam kumpulan WhatsApp, mangsa memaklumkan dia baharu selesai membeli-belah di kawasan sekitar BBU (Bandar Baru Uda) dan berhenti sekejap di lokasi kejadian kerana tidak berapa sihat.

“Mangsa yang mempunyai tiga anak tinggal di Bakar Batu di sini.

“Mangsa yang maut adalah anak bongsu. Semasa kedua-dua mayat ditemui, enjin kereta masih hidup,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here