Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya yang sedang ditunda sebuah motosikal lain akibat rosak, terbabas sebelum terbalik di di Jalan Masai-Kong Kong, Pasir Gudang, semalam.
Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu turut menyebabkan lelaki yang menunda motosikal mangsa cedera selepas kenderaan ditunggangnya turut terbalik.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kemalangan berlaku ketika motosikal Honda Wave ditunggang lelaki berusia 36 tahun mengalami kerosakan.
“Motosikal mangsa kemudian ditunda dari belakang dengan cara ditolak menggunakan kaki kanan oleh lelaki berusia 52 tahun yang menunggang Yamaha 135 LC dari arah Masai ke Kong Kong.