Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary, hanya 300 unit untuk pasaran US

17

Tahun lepas, Mazda mendedahkan model edisi terhad MX-5 Miata sebagai sambutan ulang tahun roadster popular jenama itu yang ke-35.

Dibina berdasarkan varian Grand Touring, Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary ini hanya ditawarkan dalam versi manual enam-kelajuan sahaja, dan terhad kepada 300 unit untuk pasaran Amerika Syarikat. 

Honda

Hanya ada satu pilihan warna sahaja, iaitu Artisan Red Metallic dengan kemasan upholsteri kulit Nappa eksklusif untuk ruang kabin.

Selain itu, terdapat juga logo 35th Anniversary pada bahagian luar, terutama pada fender belakang, diikuti dengan logo yang sama pada bahagian perehat kepala.

Menurut Mazda, model edisi ulang tahun ke-35 ini akan didatangkan dengan pelbagai kelengkapan dan akeseori opsyen sebagai ciri standard.

Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary akan dijual pada harga bermula dari $37,435 (RM163,797) di mana setiap pelanggan berpeluang untuk menikmati pengalaman pemilikan yang istimewa daripada Mazda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here