BHPetrol rai 300 pelanggan sempena Tahun Baru Cina

47

Sempena menyambut Tahun Baru Cina, BHPetrol meneruskan tradisi seperti tahun sebelumnya dengan menyampaikan 300 cenderahati kepada pelanggan.

Pada masa sama, pelanggan juga menerima angpau baucar BHPetrol yang boleh ditebus di stesen minyak BHPetrol.

Honda

Ia diadakan juga sempena majlis pelancaran stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound di rehat dan rawat (R&R)  Nilai (Arah Selatan).

Stesen BHPetrol PLUS Nilai Layby Southbound mula beroperasi Mac 2024 tahun lalu yang menyediakan BHPetrol Infiniti petrol RON 95, RON 97, Diesel B10 dan Diesel 7 yang berkualiti tinggi kepada pengguna Lebuhraya PLUS menuju ke selatan.

Stesen minyak berkenaan turut didatangkan dengan kedai serbaneka BHPetromart, ruangan solat, Zus Coffee dan tentunya bilik tandas yang besar dan bersih. 

Turut memeriahkan program adalah pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di sekitar Negeri Sembilan, rakan-rakan niaga, wakil media dan pelanggan stesen.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here