P2 Tiger APC 4×4 diperlihatkan, kenderaan taktikal hasil kerjasama Indonesia, Perancis

28
sumber: Aeromagasia

PT Sentra Surya Ekajaya (PT SSE), syarikat pengeluar kenderaan kegunaan tentera baru-baru ini memperlihatkan sebuah kenderaan taktikal serba baharu yang dinamakan sebagai P2 Tiger APC 4×4, lapor Aeromag Asia.

Dibina berdasarkan pelantar mobiliti Celeris daripada syarikat Perancis Texelis, P2 Tiger APC ini merupakan kenderaan berperisai PT SSE yang paling moden dan direka khusus untuk memenuhi keperluan pasukan Tentera Indonesia.

Honda

Dalam konfigurasi APC (armoured personnel carrier), P2 Tiger ini mampu membawa penumpang seramai 10 orang termasuk dua kru, selain menawarkan perlindungan balistik bertaraf STANAG 4569 (tahap 2 hingga 4).

Untuk menggerakkan kenderaan seberat 14 hingga 18 tan ini, P2 Tiger dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 8.9 liter Cummins berkuasa 375 hp yang dipadankan dengan transmisi Allison 6-kelajuan, serta transfer case daripada Powerline.

Dari segi ukuran, P2 Tiger APC ini membawakan dimensi sepanjang 6.36 meter, lebar 2.67 meter dan tinggi 2.6 meter.

Walaupun dengan dimensi yang agak besar, sebanyak dua unit P2 Tiger boleh dimuatkan ke dalam sebuah pesawat pengangkut taktikal A400M.

P2 Tiger APC ini direka dan dihasilkan sepenuhnya oleh PT SSE di kilang yang terletak di Tangerang, Jakarta, Indonesia, dengan sokongan daripada Texelis untuk integrasi platform mobiliti yang ditawarkan.

Selain daripada konfigurasi APC, P2 Tiger juga boleh disesuaikan untuk pelbagai aplikasi ketenteraan termasuklah pengangkutan logistik, pos komando, kenderaan tempur infantri, ambulans dan banyak lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here