ASP didakwa minta, terima rasuah RM75,000

35

Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Selasa atas tiga tuduhan meminta dan memperoleh rasuah berjumlah RM75,000, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Khairul Saberi Nyan, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Honda

Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, Mohd Khairul yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor didakwa meminta wang rasuah sebanyak RM50,000.

Ia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas seorang individu yang disyaki terlibat dalam tawaran perniagaan jual beli minyak diesel tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa dilakukan bapa tiga anak itu di JSJK, IPK Johor pada jam  6 petang, 12 Oktober 2022.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, pegawai polis itu didakwa memperoleh RM10,000 dan RM15,000 daripada individu yang sama masing-masing di sebuah restoran dekat Seri Alam pada jam 9 malam, 5 Disember 2022 dan di sebuah stesen minyak, jam 2 petang, 14 Disember 2022.

Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Asmah Zainal Arifin dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Atuffah Said.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Khairul diikat jamin sebanyak RM12,000 dan dikenakan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport antarabangsa ke mahkamah dan lapor diri di Pejabat SPRM Negeri Johor sebulan sekali.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 13 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan doukumen.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here