Kelewatan sambung semula perkhidmatan Aerotrain mengecewakan – Pakar

12

Seorang pakar menyifatkan kelewatan sambungan semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai satu kekecewaan selepas lebih dua tahun penantian, lapor Bernama.

Prof Madya Mohd Harridon Mohamed Sufian, pakar ekonomi bidang penerbangan dan aeroangkasa di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Universiti Kuala Lumpur berkata, perkembangan ini boleh memberikan impak negatif kepada persepsi terhadap KLIA.

Honda

KLIA adalah pintu masuk utama bagi warga asing, pelancong dan trafik penerbangan. Oleh itu, penting untuk menampilkan imej positif kepada orang ramai.

Jumaat lepas, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan perkhidmatan Aerotrain akan kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua 2025.

Dalam taklimat tersebut, Pengarah Urusan MAHB Datuk Mohd Izani Ghani berkata garis masa asal adalah ‘sasaran yang terlalu tinggi’.

Jelas Mohd Harridon lagi, dalam mana-mana projek perlu ada usaha wajar yang menyeluruh semasa menetapkan pencapaian dan garis masa untuk memastikan unjuran tarikh akhir yang disasarkan realistik dan saksama mengikut kos yang dipersetujui.

Aerotrain yang menjadi nadi penghubung utama antara terminal lapangan terbang telah digantung operasinya pada Mac 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf selepas mengalami kerosakan.

Beroperasi sejak tahun 1998, Aerotain menggunakan unit tren Alstom Innovia APM 300R yang bergerak secara automatik dan tidak menggunakan khidmat pemandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here