Mazda sering memilih haluan sendiri. Sebagai contoh, enjin rotari berbanding enjin dengan omboh biasa.
Walaupun pengeluar lain menggunakan enjin rotari, Mazda lebih unggul dan berjaya meletakkannya sebagai teknologi arus perdana.
Mazda cekal dan tekal dengan enjin rotari sejak Cosmo Sport 1967 sehingga dihentikan pada RX-8 2012.
Kepercayaan Mazda terhadap enjin rotari tidak pernah padam dan pada 2023 melancarkan versi baharu dan digunakan pada MX-30 R-EV.
Enjin rotari kali ini bukan menggerakkan roda tetapi sebagai pembekal tenaga untuk mengecas motor elektrik yang memacu roda.
Di sebalik enjin rotari, Mazda tetap menumpukan pada enjin pembakaran dalaman biasa.
Sekali lagi berbeza, di kala pengeluar menumpukan pada hibrid, Mazda tampil dengan teknologi Skyactiv.
Mazda melihat semula bagaimana untuk menjadikannya lebih cekap dan di antara keunikan Skyactiv terletak pada nisbah mampatan lebih tinggi.
Pada era kenderaan elektrik bateri (BEV), Mazda tetap memilih jalan sendiri dengan melancarkan MX-30 yang memiliki jarak pemanduan sekadar 200 kilometer (km).
Alasannya? Bateri kecil tidak memerlukan sumber alam sebanyak bateri kapasiti besar.
Walaupun begitu, Mazda tetap peduli dengan saingan dan memperkenalkan sedan elektrik 6e.
Selain teknologi, Mazda juga tampil tersendiri dengan reka bentuk dan membawa konsep KODO: Soul of Motion.
Mazda turut mementingkan pemanduan dan pengendalian dengan menerapkannya pada model umum dan lebih lagi pada kereta sport.
Walaupun tidak sebesar syarikat lain, Mazda secara berterusan menawarkan MX-5 dari satu generasi ke satu generasi.
Berbekalkan ‘kedegilan’ ini bagaimana dengan sambutan pengguna ditambah ketidaktentuan pasaran yang melanda?
Secara kesuluruhannya, jualan tahun 2024 bertambah 2.6 peratus kepada 1,277,578 unit berbanding 1,277,578 unit pada 2023.
Satu keputusan menarik di sebalik penurunan yang dialami Toyota dan Nissan.
Bagaimanapun, jualan Mazda di Jepun menyusut ketara iaitu 20.2 peratus. Tiada alasan diberikan untuk kami kongsikan.
Satu lagi fakta menarik, walaupun sudah berusia CX-30 menyaksikan peningkatan jualan global sebanyak 16.7 peratus.
Si cantik Mazda3 pula tidak menurun ketara iaitu hanya 2.8 peratus.
CX-5 yang lebih berusia daripada CX-30 masih lagi mampu bertahan dan mencatatkan penurunan 2.7 peratus kepada 345,209 unit.
Berbekalkan EV 6e bagaimana pula prestasi pada 2025?
Satu yang menarik untuk diperhatikan ditambah dengan model-model baharu seperti CX-60 dan CX-90 yang dianjak Mazda ke segmen premium.
Ini satu lagi strategi Mazda yang berlainan iaitu menolak syarikat ke peringkat lebih tinggi berbanding membangunkan jenama khusus seperti Lexus, Acura dan Infiniti.
I. Jualan Global (Januari – Disember 2024)
Kategori | 2023 | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|---|---|---|
Jualan Global | 1,277,578 unit | 1,277,578 unit | +2.6% |
Jualan Domestik (Jepun) | 131,837 unit | 10,727 unit | -20.2% |
Jualan Luar Negara | 1,135,632 unit | 1,135,632 unit | +6.4% |
II. Prestasi Model Kereta Jualan Global (2024)
Model | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|---|---|
CX-5 | 345,209 unit | -2.7% |
CX-30 | 234,295 unit | +16.7% |
MAZDA3 | 173,719 unit | -2.8% |
III. Jualan Domestik (Jepun)
Kategori | 2023 | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|---|---|---|
Jualan Kereta Penumpang | 131,837 unit | 10,043 unit | -20.5% |
Jualan Kenderaan Komersial | 10,109 unit | 684 unit | -16.0% |
Jualan Kenderaan Berdaftar | 103,932 unit | 7,692 unit | -27.1% |
Jualan Kenderaan Ringan | 38,014 unit | 3,035 unit | +7.7% |
IV. Prestasi Model Kereta Jualan Domestik (Jepun)
Model | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|
MAZDA2 | 21,656 unit | +4.7% |
CX-5 | 19,421 unit | -24.4% |
CX-30 | 13,711 unit | -23.9% |
V. Produksi
Kategori | 2023 | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|---|---|---|
Produksi Domestik (Jepun) | 749,428 unit | 62,348 unit | -10.7% |
Produksi Luar Negara | 451,621 unit | 28,165 unit | +9.0% |
Produksi Global | 1,201,049 unit | 90,513 unit | -4.2% |
VI. Prestasi Model Kereta Produksi Domestik (Jepun)
Model | 2024 | Perubahan Tahun-ke-Tahun (%) |
---|---|---|
CX-5 | 297,343 unit | -18.8% |
MAZDA3 | 104,682 unit | +2.9% |
CX-30 | 86,461 unit | -2.1% |