Seorang pengguna Facebook Samuel Lee Wei Phung berkongsi sebuah Nissan GT-R R34 dalam keadaan rosak teruk (total loss) dibuka untuk bidaan pada harga yang tinggi di Jepun.Â
Pada hantaran tersebut, Samuel berkongsi harga bidaan kereta sukan berkenaan adalah JYP 6 juta (RM172,305) dan seramai 143 pembida.
“Guys harga bid GTR34 di Jepun sekarang. Kereta total lost hancur chasis tengah.
Berdasarkan gambar R34 berkenaan, bahagian depan dan belakang jentera berkenaan masih dalam keadaan baik cuma tiang B remuk teruk.Â
Nissan Skyline GT-R R34 kekal mahal kerana status ikoniknya sebagai kereta sukan JDM legenda.
Digabungkan dengan reputasi prestasi luar biasa, kebolehpercayaan dan pengeluaran terhad menjadikannya buruan pengumpul JDM yang menyumbang kepada permintaan pasaran harga yang kukuh.
R34 dijana oleh enjin RB26 2.6 liter pengecas turbo berkembar enam silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa 276hp dan tork maksimum 352Nm.
ARTIKEL LAIN
#TahukahAnda: Nissan pernah rancang guna enjin V6 pada Skyline GT-R (R34)