Deepal S07 previu di Malaysia, pesaing Tesla Model Y

36

Satu lagi jenama China bakal memasuki pasaran tempatan di bawah syarikat Bermaz Auto. Baru-baru ini, syarikat berkenaan mempertontonkan Deepal S07 bersama Xpeng X9.

Kehadiran Deepal S07 bakal bersaing dengan Tesla Model Y. Ia memiliki panjang 4,750mm, lebar 1,930mm dan tinggi 1,625mm bersama jarak roda 2,900mm.

Penampilan luaran SUV elektrik itu didatangkan dengan pintu tanpa bingkai, pemegang pintu tersembunyi dan rim dua tona warna berbentuk lima kelopak. 

Bahagian belakang pula dilengkapi dengan lampu yang ditarik sepanjang pintu but dan logo kereta bercahaya serta lampu brek yang dipasang tinggi.

Di pasaran China, kabin EV itu menampilkan skrin kawalan hiburan 15.6 inci binaan dalam Deepa OS, bumbung suria, stereng rata dua jejari dan AR-HUD 53 inci dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155.

Skrin yang diletakkan di tengah papan pemuka itu digabungkan dengan perintah suara pintar bagi mengawal navigasi, muzik dan Apple CarPlay.

Di negara asalnya, Deepal S07 dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan termaju tahap 2 dengan bantuan enam radar ultrasonik dan radar gelombang 3mm.

Ia merangkumi adaptive cruise control, forward collision warning, automatic emergency braking dengan pengecaman kereta dan pejalan kaki, lane change assist dan blind spot monitoring.

Pasaran negara jiran Thailand  telahpun membawa masuk S07 menerusi bateri ternary litium (NMC) 66.8 kWh dengan jarak perbatuan 485km (NEDC). Motor elektrik di bahagian belakang menghasilkan output 258PS dan tork 320 Nm.

Harga Deepal S07 selepas subsidi di Thailand adalah THB 1,399,000 (RM184,753). Berapakah julat harga S07 apabila dilancarkan di Malaysia?…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here