Tersadai setahun di lapangan terbang, VW Golf ini kena caj parkir hampir RM1 juta!

15

Sebuah Volkswagen Golf yang sudah tersadai lebih daripada tempoh setahun di kawasan parkir sementara di Lapangan Terbang Berlin Brandenburg mencatatkan caj parkir terkumpul mencecah nilai £170,000 (RM940 ribu).

Menurut laporan Simple Flying, kereta tersebut sudah dialihkan pada 28 Januari yang lepas, namun sehingga kini pemilik atau pemandu Golf tersebut masih belum dikenal pasti.

Menurut semakan di laman web rasmi lapangan terbang tersebut, tiada sebarang caj dikenakan untuk tempoh 10 minit pertama.

Namun, selepas itu pemilik akan dicaj sebanyak £8.96 (RM49.56) untuk 30 minit, £18.73 (RM103.60) setiap jam, dan £449.58 (RM2,487) per hari.

Petak parkir tersebut tidak memerlukan tiket memandangkan ia menggunakan sistem pengecaman nombor pendaftaran kenderaan secara automatik.

Terdapat spekulasi kereta tersebut mungkin telah dicuri berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan tersebut yang tidak selari dengan rekod, di mana ia sebenarnya didaftarkan di Hanover, bandar keempat terbesar di utara Jerman selepas Berlin, Hamburg dan Bremen.

Lebih mengejutkan apabila pihak berkuasa termasuklah pengurusan petak parkir, polis tempatan dan pejabat daerah tempatan tidak mahu bertanggungjawab biarpun telah dimaklumkan tentang kewujudan kereta yang ditinggalkan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here