Honda mahu bina kilang motosikal elektrik di India

8

Salah satu jenama motosikal yang paling popular di India, Honda dilapor mahu mendirikan sebuah kilang pemasangan khusus untuk motosikal berkuasa elektrik, lapor Electrive.

Buat masa ini, pengeluar itu tidak mendedahkan lokasi sebenar kilang yang akan dibina itu.

Namun, menurut Daiki Mihara selaku Ketua Unit Perniagaan Elektifikasi Motosikal dan Produk Kuasa Honda berkata, kilang tersebut akan dibina di sekitar Bengaluru.

Honda sudah pun mengendalikan sebuah kilang pemasangan motosikal di Kawasan Perindustrian Narsapura, kira-kira 50 km daripada Bengaluru.

Di situ, Honda mengeluarkan dua buah model berkuasa elektrik, iaitu Activa e: dan QC1.

Mengulas lebih lanjut, Mihara berkata Honda mahu menawarkan produk EV pada julat harga di mana jumlah kos pemilikan dalam tempoh tiga tahun setanding dengan motosikal berenjin (ICE).

Berazam untuk mencapai kedudukan nombor satu di pasaran India dalam segmen elektrik, Honda akan melancarkan pelbagai inisiatif termasuklah mendirikan stesen pertukaran bateri, serta menambah baik rangkaian pengecasan menerusi jaringan pengedar yang meluas.

Honda turut mempertimbangkan perancangan untuk mengeksport motosikal elektrik yang dipasang di kilang tersebut untuk pasaran global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here