Sebuah Honda HR-V hampir terjatuh dari tingkat dua selepas melanggar dinding bangunan parkir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Situasi itu dikongsi pengguna Facebook Almaizah Umie yang dikatakan berlaku pada jam 1.30 petang tadi.
Bagaimanapun, jelasnya pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan cuma SUV itu remuk teruk.
“Assalamualaikum. Parkir Hospital Serdang. Kereta Honda HR-V langgar dinding parkir, baru saja berlaku.
“Masa cari parking tu la bunyi kuat, ingat kan apa.. dah tak dapat parking turun balik..
Masa turun tu baru nampak kejadian ni,” tulisnya.
Menerusi imej yang dikongsi boleh dilihat bahagian bampar depan HR-V merah tersebut tertanggal dan sebahagian bahagian depan kenderaan itu tergantung.