Stesen minyak ‘kantoi’ ubah suai meter pam

11

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak mendedahkan sebuah stesen minyak melakukan pengubahsuaian alat elektronik pada pam minyak bagi meningkatkan keuntungan.

Tindakan sedemikian merugikan pelanggan kerana jumlah minyak yang diisi pada kenderaan mereka tidak sepadan dengan bayaran.

Komponen dalam yang telah diubahsuai oleh pihak stesen minyak.

Video itu memaparkan pihak berkuasa mengunjungi stesen minyak tersebut selepas menerima aduan daripada pengguna.

Berdasarkan ujian alat sukat isipadu, KPDN Perak mendapati isian minyak 10 liter di bawah paras sifar yang mana kurang dari had selisih ditetapkan. 

“Kami telahpun membuat pemeriksaan menggunakan alat sukat isipadu menggunakan pam di belakang ini dan kita mendapati apabila isi 10 liter ia kurang daripada kosong.

@kpdn_perak

Replying to @kopitarikkaw PART2 KANTOI STATION MINYAK UBAH MEETER PETROL #petrol #diesel #kitagempur #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak #fendyscreative

♬ original sound – KPDN PERAK – KPDN PERAK

“Ini bermaksud pam tersebut telah diubahsuai bagi kurang lagi, maksudnya diaorang (pemilik stesen minyak_ nak untung lebih,” katanya.

Pada video berkenaan juga menunjukkan komponen ‘lug’ di bahagian dalam pam minyak telah diubahsuai.

“Lug ini sebenarnya kita dah seal dan diaorang tidak boleh buat apa-apa adjustment lagi..Bekas ini kesan terbakar menunjukkan ada pengubahsuaian,” kata pegawai KPDN Perak tersebut.

Susulan itu, stesen minyak tersebut dikenakan tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

@kpdn_perak

ISI MINYAK BETUL KE DAPAT NILAI SAMA DENGAN YANG KITA BAYAR? #PETROL #diesel #timbang #gas #kpdnperak #kitagempur #unitmedia_kpdnperak #fendyscreative

♬ original sound – KPDN PERAK – KPDN PERAK

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here