Arctic Trucks buatkan Land Cruiser Prado tampil lebih ‘sado’!

6

Syarikat Arctic Trucks terkenal dengan kepakaran dalam menghasilkan barisan kenderaan off-road sedia ada menjadi lebih ‘hardcore’.

Setelah puas menyentuh model trak pikap seperti D-Max dan Hilux, Arctic Truck memperlihatkan hasil kerja terbaharu mereka pada Toyota Land Cruiser 250 (atau Prado) AT37.

Menjadikan penampilan Land Cruiser ini lebih ‘sado’ ialah padanan kit badan lebar yang turut merangkumi bampar baharu dan komponen fender flare, diikuti dengan tempat pemijak sisi aluminium, mud guard dan receiver hitch tersembunyi.

Selain itu, ia turut mendapat kit suspensi boleh laras dua tahap yang menjadikan jarak kelegaan tanah meningkat sebanyak 40 mm.

Ini membolehkan Arctic Trucks memadankan tayar BFGoodrich bersaiz 37 inci yang boleh disesuaikan dengan spesifikasi all-terrain atau mud-terrain untuk membaluti rim retro ‘Heritage’.

Untuk menampung perubahan saiz tayar yang ketara itu, pihak Arctic Trucks telah melakukan proses pemprofilan semula kerangka, badan, dan sistem rangkaian kuasa untuk mengimbangi jarak kelegaan tanah yang tinggi itu dengan titik graviti yang rendah.

Difahamkan, Land Cruiser 250 AT37 ini turut mempunyai jarak trek yang lebih lebar, serta jarak antara roda yang lebih panjang.

Pakej Land Cruiser 250 AT37 ini akan mula dijual pada suku kedua tahun ini di pasaran Eropah, Amerika Utara, Afrika dan Timur Tengah.

Harga jualan pakej lengkap tidak diumumkan lagi buat masa ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here