Kemalangan parkir bertingkat hospital tiada unsur sabotaj

11

Kemalangan sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan bertingkat di Hospital Sultan Idris Shah Serdang semalam tidak melibatkan unsur sabotaj.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata insiden melibatkan Honda WR-V dipandu lelaki berusia 39 tahun yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran itu pada 1.15 tengah hari, berlaku disebabkan kecuaian.

“Hasil temu bual bersama mangsa, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.

“Beliau memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian beliau sendiri kerana tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu tembok penghalang pecah dan serpihan batu terkena sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang berada di bawah tempat itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here