Mayat ditemui selepas 8-jam kereta terbabas

9

Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang, pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh

Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan. Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut pada 5.56 pagi.

“Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.

“Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here