Xiaomi SU7 Ultra tiba di pusat jualan seluruh China

13

Versi pengeluaran Xiaomi SU7 Ultra tiba di pusat pameran seluruh China bermula semalam, menurut akaun Weibo rasmi Xiaomi. 

Bakal tersedia di 112 bilik pameran di 42 bandar China, pra jualan SU7 Ultra dibuka pada 29 Oktober lalu pada harga CNY 814,900 (RM495,321).

Bahkan, pengeluar kereta elektrik (EV) itu menerima 3,690 unit tempahan selepas 10 minit pembukaan pra jualan. Menurut Xiaomi, penghantaran kepada pelanggan dijadualkan bermula Mac depan.

SU7 standard yang memulakan pengeluaran pada Februari 2023 masih mendapat permintaan tinggi dengan tempoh menunggu 21 hingga 29 minggu. Berapa lamakah tempoh menunggu versi Ultra sebaik penghantaran bermula?.

SU7 Ultra direka untuk perjalanan harian dengan menawarkan prestasi yang dipertingkatkan. 

Versi Ultra menggunakan bampar sporty, spoiler belakang lebih besar dan badan yang lebar serta rim 21 inci bersama tayar Pirelli P Zero 5.

Ia menggunakan bateri Qilin 2.0 keluaran CATL dengan kapasiti 93.7kWh dan kuasa nyahcas maksimum 1,330kW.

EV itu didatangkan dengan tiga motor elektrik (dua V8 dan satu V6) yang menghasilkan kuasa 1,526hp dan tork 1,770Nm.

Ia memiliki sistem penyejukkan dua permukaan dan struktur sel ke badan (CTB). Bateri baharu menyokong pengecasan 5.2C DC. Ini bermakna kuasa pengecasannya adalah kira-kira lima kali ganda kapasiti bateri.

Proses pengecasan 10 hingga 80 peratus hanya mengambil masa 11 minit.

ARTIKEL LAIN

Xiaomi SU7 rosak selepas pandu 39km dan tidak boleh dibaiki

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here