Akaun Facebook Yamaha RXZ Members-Official berkongsi insiden sebuah bengkel di Sentul, Kuala Lumpur terbakar, semalam.
Â
Menerusi perkongsian itu menjelaskan dipercayai sebanyak sembilan buah RX-Z hangus terbakar di samping 18 buah motosikal pelbagai model, tujuh unit basikal MTB, sebuah Mitsubishi Lancer Evo  dan lapan buah helmet serta alat ganti.Â
Â
“Allahuakbar!. Bengkel sahabat RXZ kita semua di Sentul telah terlibat dengan satu kebakaran, 100 peratus semuanya hangus di jilat api.
Â
“Kata pemilik bengkel selepas pengumuman tarikh RXZ Members baru-baru ini, semua pelanggan menghantar motor RXZ ke bengkel untuk membuat persiapan awal ke RXZ Members 7.0 pada bulan lapan nanti,” tulis hantaran berkenaan.
Â
Susulan musibah yang menimpa, Yamaha RXZ Members-Official turut melakukan kutipan derma bagi membantu pemilik bengkel berkenaan.
ARTIKEL LAIN
Warga emas tunggang Yamaha RX-Z model pertama curi perhatian warga media sosial