![suzuki-raider](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2025/02/suzuki-raider.jpg)
Suzuki Vietnam menghentikan jualan kapcai Raider bagaimanapun pengeluar motosikal Jepun itu masih menjual Suzuki Satria.
Di laman web rasmi Suzuki Vietnam, kapcai Suzuki Raider tidak lagi muncul dalam katalog produk dua roda pengeluar kereta Jepun itu.
Kumpulan motosikal yang masih dijual di Vietnam buat masa ini adalah Burgman Street 125 dan dua model klac manual, V-Strom 250SX dan Satria F150.
Menurut laman rasmi Zing, buat masa ini pengeluar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan penarikan Raider daripada portfolio produk motosikal Vietnam.
Kebarangkalian Raider dihentikan dari pasaran susulan jualan Satria yang lebih tinggi selain kedua-dua produk lebih mirip.
Suzuki Raider dijual pada harga VND 45.99 juta (RM8,067) yang menggunakan enjin 147.3cc dengan kuasa maksimum 18.2hp dan tork 13.8Nm bersama kotak gear 6-kelajuan dan klac.
Spesifikasi Raider sama dengan Satria. Syarikat kereta Jepun itu mengimport Satria dari Indonesia dan menjualnya pada harga VND 53.49 juta (RM9,382), manakala Raider merupakan versi pemasangan tempatan (CKD).
Sebelum Raider, Suzuki telah mengecilkan rangkaian produk di pasaran Vietnam. Model klac manual seperti GSX-R150, GSX-S150, GD110 yang pernah dijual secara rasmi di Vietnam tidak lagi tersedia, dan model seperti Impulse 125 atau Intruder 150 juga telah dihentikan.
Menurut Motorcycles Data, Honda dan Yamaha merupakan nama motosikal terkemuka di pasaran Vietnam.
Kemungkinan besar, pengecilan produk tersebut disumbangkan oleh daya saing rendah syarikat itu di pasaran Vietnam.
Laporan terbaru daripada Persatuan Pengilang Motosikal Vietnam (VAMM) merekodkan jualan motosikal Suzuki adalah 2.653 juta, meningkat 5.46 peratus berbanding 2023.
ARTIKEL LAIN
‘Kapcai standard paling power, lagi sedap dari 135LC,” pemilik Raider R150 Fi