Perodua naik ke tempat kedua Jualan Kereta Penumpang ASEAN 2024

9

Berdasarkan data jualan kereta penumpang di ASEAN bagi tahun 2023 dan 2024, Perodua mencatatkan peningkatan dengan naik ke tempat kedua dalam ranking jualan.

Data itu dikongsikan kepada pihak media sempena acara ‘Up-Close & Casual With Perodua’ yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam.

Lonjakan Perodua ke Tempat Kedua

Pada 2023, Perodua berada di kedudukan ketiga dengan jumlah jualan sebanyak 330,000 unit, di belakang Toyota (752,000 unit) dan Honda (351,000 unit). 

Namun, pada tahun lalu, Perodua berjaya memintas kedudukan kedua dengan 358,000 unit terjual, mengatasi Honda dengan jualan 303,000 unit.

Kedudukannya Toyota masih lagi kekal sebagai pengeluar kereta terlaris di ASEAN dengan jualan sebanyak 714,000 unit pada tahun 2024, walaupun jumlah menurun berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi Pengeluar Lain

Selain Perodua, beberapa jenama lain turut mengalami perubahan dalam ranking mereka, Honda pula di tempat ketiga dengan jualan 351,000 unit (2023) kepada 303,000 unit (2024).

Mitsubishi masih kekal tempat keempat dengan peningkatan jualan daripada 189,000 unit (2023) kepada 200,000 unit (2024).

Proton pula mengalami penurunan dalam jumlah jualan daripada 151,000 unit (2023) kepada 148,000 unit (2024) dan kekal tempat kelima.

Daihatsu, Suzuki dan Mazda turut mengalami sedikit penurunan dalam jumlah jualan.

Jenama EV dari China, BYD Auto, berjaya memasuki senarai 10 teratas pada tahun 2024 dengan 52,000 unit terjual. Ia menggantikan Hyundai yang berada di tempat kesembilan pada tahun 2023.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here