Proton buka kilang NEV di Tanjong Malim, pemasangan CKD e.MAS 7

36

Pembinaan kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional pertama Proton bakal mewujudkan 200 peluang pekerjaan di Muallim, Tanjong Malim. 

Majlis pecah tanah kemudahan di Proton Tanjong Malim itu dilakukan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Perasmian pecah tanah oleh Menter Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kilang NEV di kawasan berkeluasan 5.57 ekar itu melibatkan pelaburan bernilai RM82 juta secara berperingkat.

Menurut Ketua Kejuruteraan Pembuatan Proton, Wan Yousry Mohamed pembinaan kilang berkenaan akan dilakukan secara berperingkat yang mana fasa pertama disasarkan siap akhir 2025. 

“Kapasiti tahunan kilang NEV fasa pertama adalah 20,000 setahun manakala fasa kedua sebanyak 45,000 setahun.

“Sebagai permulaan kilang ini akan memasang Proton e.MAS 7 diikuti pelbagai model berdasarkan platform Struktur Modular Global (GMA),” katanya. 

Tambah beliau, kapasiti pengeluaran kepada 45,000 unit setahun dan akan dilaksanakan berdasarkan permintaan daripada pembeli di pasaran Malaysia dan luar negara.

Garis pengeluaran ini menggunakan automasi tahap tinggi dalam operasinya dengan memanfaatkan robotik, pengurusan kilang berasaskan awan, Internet of Things (IoT) industry, dan teknologi yang berkaitan dengan IR 4.0.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here