PTU terbangkan SU-30MKM, misi pintas pesawat asing dan force down

13

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempamerkan kesiapsiagaan dan keupayaan melaksanakan operasi pemintasan pesawat asing dan force down.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan menerbangkan sendiri pesawat pejuang SU-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing dan force down sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA) ke Pangkalan Udara Kuantan.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, TUDM menyatakan misi berkenaan adalah salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang melaksanakan tugasan memintas pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara.

“Demonstrasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada delegasi yang hadir tentang pengoperasian ATM amnya dan TUDM khasnya, seiring dengan setiap cadangan penambaikan SSPA bagi perkhidmatan ATM yang telah dikemukakan kepada JKK SPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
“Penglibatan Panglima Tentera Udara, pegawai dan anggota TUDM telah membuktikan kesiagaan aset dan warga TUDM di peringkat Strategik, Operasional dan Taktikal mampu diatur gerak sebilang masa dalam menjaga kedaulatan negara,” tulisnya.
 
Demonstrasi lain yang turut dilaksanakan antaranya Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic and Close Air Support Mission, Night Flight Tactical Operation dan Night Air Combat Tactic and Close Air Support Mission.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here