CEO Puspakom : Lantikan syarikat PPKM baru wujud persaingan sihat

32

Puspakom menyambut baik pengumuman terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) mengenai kemasukan syarikat-syarikat  baharu ke dalam sektor Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, ia secara langsung akan menjadikan industri perkhidmatan pemeriksaan kenderaan menjadi lebih dinamik sekaligus mewujudkan persaingan sihat.

“Puspakom akan terus berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan.

“Kewujudan syarikat-syarikat pengendali baharu dalam sektor tersebut akan dapat membuka peluang perkongsian tanggungjawab dalam memastikan keselamatan kenderaan dan dapat bertukar pendapat bagi meningkatkan kualiti pemeriksaan kenderaan dalam negara,” katanya. 

Mahmood menambah semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan budaya keselamatan jalan raya dapat diperkukuh.

“Ini merupakan peluang untuk semua pihak berganding bahu untuk memupuk budaya keselamatan jalan raya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Puspakom tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku yang melibatkan kakitangannya.

“Kita semua maklum ketika ini ada kakitangan Puspakom sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Saya ingin sekali lagi menegaskan kita bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan berkompromi tentang isu jenayah rasuah.

“Ini menandakan permulaan era yang mencabar namun menarik bagi Puspakom. Fokus kami adalah untuk meningkatkan standard integriti dalam semua aspek,” tegasnya.

ARTIKEL LAIN

Monopoli Puspakom berakhir, MOT lantik tiga syarikat PPKM baru

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here