Mengamuk kereta dilanggar, wanita ‘naik tangan’ pada pemandu teksi

105

Satu insiden kemalangan tular di media sosial apabila seorang wanita dipercayai bertindak menampar pemandu teksi yang melanggar bahagian belakang keretanya di Lebuhraya Elite.

Menerusi video yang beredar di media sosial, boleh dilihat warga emas berkenaan mengutip semula kopiah yang jatuh akibat tindakan wanita berkenaan.

Susulan kejadian itu, warga maya mengecam tindakan wanita berkenaan yang tidak dapat mengawal perasaan bahkan turut mengaitkan ia dengan kejadian Kiki kunci stereng Peugeot pada 2014 yang lalu.

Salah seorang saksi kejadian yang menggunakan akaun Facebook Muhammad Erywan menyatakan kejadian berkenaan berlaku pada Sabtu.

“Saya saksi kejadian nampak perempuan ni macam tak redha kemalangan berlaku, yang teksi tu muka macam Pakistan.

“Perempuan tu marah-marah sedih-sedih yang leraikan lelaki tak pasti teman lelaki atau suami sebab nampak muda. Cuma nak tegur benda boleh settle kenapa nak marah-marah sampai tahap macam tu,” katanya. 

Berdasarkan video berdurasi 18 saat tersebut, difahamkan insiden pergaduhan tersebut berlaku selepas pemandu teksi berkenaan melanggar bahagian belakang Proton Saga berwarna putih di lorong kanan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here