[Video] Tunggang motosikal tanpa lesen, rider keluar kata-kata kesat ditahan

75

Tindakan seorang penunggang motosikal mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa anggota penguatkuasa membawa padah selepas ditahan polis malam tadi.

Motosikal lelaki berusia 50 tahun itu diperiksa penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Op Khas Tahun Baharu Cina (2025) yang berlangsung di lorong motosikal Plaza Tol Pulau Pinang.

Rider yang berusia 50 tahun itu

Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal berkenaan didapati tamat tempoh dan akan disita menyebabkan lelaki berkenaan naik angin lalu mengeluarkan kata-kata kesat.

Walaupun ditenangkan teman wanitanya warga Indonesia, lelaki itu terus melakukan provokasi secara aktif malah enggan memberi kerjasama.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang negeri, Zulkifly Ismail berkata, lelaki itu ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Kita amat berharap penunggang motosikal mahupun pemandu memahami tugas penguatkuasaan yang kami laksanakan.

“Ini kerana kita bukannya mahu mencari salah atau menghukum, tetapi ia bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Sepanjang operasi bermula 20 Januari lalu sebanyak 31,122 buah kenderaan telah diperiksa. 

@abg.siasat.aa

♬ bunyi asal – abg siasat aa – abg siasat aa

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here