Lelaki maki penguatkuasa rupanya positif dadah

63

Penunggang motosikal yang ditahan selepas menghalang tugas penjawat awam dalam Op Khas Tahun Baharu Cina (2025) malam tadi didapati positif dadah jenis methamphetamin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, lelaki itu direman selama tiga hari bermula hari ini.

“Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan tersebut.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan seorang penunggang motosikal yang berusia 50 tahun mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa semasa operasi di Plaza Tol Pulau Pinang malam tadi.

Pemeriksaan mendapati cukai jalan dan insurans motosikal itu telah tamat tempoh. Lelaki terbabit memaki anggota ketika proses saman dan sitaan dijalankan. Lelaki itu turut melakukan provokasi walaupun ditenangkan teman wanitanya warga Indonesia, malah enggan memberi kerjasama.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here