![kapal video viral_2](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2025/02/kapal-video-viral_2-696x504.png)
Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang wanita tidak rela ditinggalkan teman lelakinya yang ingin merantau ke Kalimantan, Indonesia.
Gara-gara tindakan wanita itu, jadual pelepasan kapal pada jam 8 pagi, Sabtu lalu di Pelabuhan Passarang, daerah Majene, Sulawesi Barat lewat 25 minit.
![](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2025/02/kapal-video-viral_3.png)
Wanita yang dikenali sebagai Lia itu mengamuk lantaran tidak rela melepaskan teman lelakinya yang bernama Ardi merantau ke Kalimantan.
“Kapal baru mahu berlepas, muncul itu perempuan,” kata Pengawal Pantai Pelabuhan Passarang, Aiyyub.
Aiyyub berkongsi Lia menarik baju kakitangan pelabuhan sehingga koyak ketika dihalang naik ke atas kapal. Dia terus menjerit dan mengugut akan lompat ke laut jika tidak dibenarkan mengikuti teman lelakinya ke Kalimantan.
“Baju rakan saya koyak akibat ditarik, dia juga mengugut mahu lompat ke laut kalau tidak dibenarkan naik, mahu ikut juga.
“Kapal harusnya berangkat jam 8 pagi, gara-gara dia mengamuk tertunda 25 minit,” kongsinya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Aiyyub menambah setelah berbincang bersama Ardi dan keluarganya, pemuda itu setuju untuk turun dari kapal dan membatalkan rancangan agar wanita itu tidak bertindak lebih jauh.
“Jadi terpaksa dikasih turun (Ardi dari atas kapal), tidak diberangkatkan,” jelasnya.
Pada video yang beredar, boleh dilihat Ardi berlari lalu menanggalkan bajunya agar tidak ditarik wanita tersebut lalu naik ke kapal.
Aksi Lia yang mengejar Ardi dan menjerit tidak rela ditinggalkan sang kekasih itu disaksikan penumpang dan penduduk setempat.
View this post on Instagram