![polis trafik](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2025/02/polis-trafik-696x364.png)
Anggota trafik berkongsi kisah tentang kebaikan seorang rider Grab Food yang memberikan air kepada mereka ketika sedang bertugas dalam keadaan cuaca panas terik.
Video dari akaun TikTok Wanfaizal85 itu mendapat lebih daripada 829,000 tontonan dan tindakan pemuda p hailing berkenaan turut mendapat pujian pengguna media sosial.
@wanpieja85 Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi 1 rider grab food menyapa kami sedang bertugas dan telah berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik..Alhamdulillah masih ade insan yang berhati mulia macam rider grab ni..Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan..Amin..#SelamatBersamaJSPT
“Semasa Abam dan rakan Abam bertugas, telah didatangi seorang rider Grab Food menyapa kami sedang bertugas dan telah berikan kami air memandangkan keadaan cuaca yang panas terik.
“Alhamdulillah masih ade insan yang berhati mulia macam rider Grab ni..Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan,” tulis kapsyen video berkenaan.
Di ruangan komen, warga maya memuji adab pemuda berkenaan yang menggunakan jaketnya sebagai alas untuk meletakkan air di lantai sebelum menghulurkannya kepada anggota trafik tersebut.
Di samping itu, ada juga menyatakan golongan p hailing antara yang terawal akan menghulurkan bantuan di jalan raya.
“Abang Grab dan Foodpanda memang baik-baik kalau ada masalah motor atau kemalangan abang-abang motorlah yang banyak bantu berbanding yang berkereta. Pernah motor kami rosak abang Foodpanda tolong hidupkan motor kami.
“Satu pengalaman tak boleh saya lupa, ketika bawa pesakit dengan ambulans, ketika itu jalan jem teruk..geng grab dan mat motolah penyelamat saya, bagi lancar perjalanan..sampai sekarang saya simpan video tu.”
“Ramaije anggota trafik yang baik, pernah tolong tolak kete anak saya ke tepi jalan semasa kereta rosak dekat trafik light.”