Operasi pencarian dua minggu berakhir, pemandu trak tidak ditemui

88

Selepas dua minggu, pasukan bomba Jepun pada Ahad menamatkan operasi mencari pemandu trak yang terjatuh ke dalam lubang benam, dengan perhatian beralih kepada paip kumbahan bawah tanah.

Pasukan penyelamat tidak dapat menjumpai kesan pemandu berusia 74 tahun itu yang terjatuh ke dalam lubang benam sebesar kolam renang di persimpangan Yashio, Wilayah Saitama, pada 28 Januari.

Pada pagi Ahad, anggota bomba mengerahkan jentera berat menggunakan tanjakan menuju ke dalam lubang benam dan memulakan kerja untuk mengalihkan lumpur dan runtuhan namun terpaksa menangguhkan operasi kerana bimbang berlakunya runtuhan lanjut. 

Kerajaan wilayah berkata warga emas berkenaan mungkin berada di dalam saluran pembentungan selepas pasukan penyelamat menemukan struktur yang dipercayai sebagai kabin trak dalam saluran itu, kira-kira 100 hingga 200 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.

Lubang benam telah melebar secara berterusan sejak ia mula-mula terbentuk dan bercantum dengan satu lagi lubang yang terbentuk berhampiran menjadikan ukuran sekitar 40 meter lebar dan sehingga 15 meter dalam.

ARTIKEL LAIN

Lebih 36 jam, pemandu lori masih tersekat dalam lubang benam

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here