![Honri Boma EV (2)](https://www.motoqar.com/wp-content/uploads/2025/02/Honri-Boma-EV-2-696x393.jpeg)
Laman automotif Detik Oto melaporkan sebuah EV bersaiz kecil yang menyerupai Toyota Alphard bakal dilancarkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2025.
Honri Boma EV akan dijual secara rasmi oleh Utomo Corp, dengan harga jualan dianggarkan bawah Rp 200 juta (RM55 ribu).
Dari segi spesifikasi, Boma EV ini dijana oleh motor elektrik berkuasa 40 hp dan 84 Nm yang mampu mencapai kelajuan tertinggi 100 km/j.
Terdapat dua pilihan pek bateri NMC, iaitu 11.9 kWh dengan jarak gerak 130 km (data CLTC), atau 18.5 kWh dengan jarak pandu sejauh 200 km untuk sekali cas penuh.
Dari segi luaran, Boma EV membawakan muka hadapan yang diinspirasikan daripada minivan mewah Toyota Alphard, sementara bahagian sisi pula menampilkan rekaan bumbung terapung.
Untuk ruang kabin pula, terdapat skrin kluster digital lima inci diikuti dengan skrin infohibur sebesar 10.25 inci, manakala varian lebih premium pula mendapat panel tunggal yang menempatkan skrin digital tujuh-inci dan skrin tengah sembilan inci.
Untuk info, Honri Boma EV telah pun dilancarkan di pasaran Thailand pada tahun lepas dengan harga jualan sekitar THB 500,000 (RM65,560).