Motosikal naked ini berkuasa 300 hp!

10

Beranikah anda untuk menunggang sebuah jentera dua roda, dengan kuasa mencecah 300 hp?

Motosikal naked yang jauh lebih berkuasa berbanding Suzuki Hayabusa ini dikenali sebagai Langen LS12 Lightspeed Turbo.

Ia membawakan enjin Rotax satu liter yang dipadankan dengan unit pengecas turbo, menghasilkan kuasa sekitar 300 kuasa kuda dalam mod kuasa penuh.

Dalam mod jalanan, kuasa itu boleh diturunkan kepada 250 hp supaya ia lebih mudah ‘dikendalikan’ oleh penunggang.

Casis jentera ini diperbuat daripada bahan aluminium dan keluli, sementara panel badan pula menggunakan bahan ringan gentian karbon.

Khidmat sistem brek HEL Performance digunakan dengan rotor bersaiz 320 mm, dibantu dengan sistem gantungan Ohlins.

Untuk info, Langen Motorcycles merupakan sebuah syarikat kecil yang berpusat di United Kingdom, dan menghasilkan beberapa siri model motosikal dalam kumpulan unit yang kecil untuk tempoh beberapa tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here