Melaram kereta klon, akhirnya disita

339

Kereta milik pengusaha bengkel membaiki kenderaan disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu selepas disyaki adalah kereta klon.

Pengarahnya, Zamri Samion berkata, kereta Honda itu disita selepas pemeriksaan mendapati nombor casis kenderaan tersebut mencurigakan.

“JPJ dapati ada kesan gangguan pada nombor casis dan kita mengesyaki sesuatu mencurigakan.

“Kami belum pasti sama ada kereta ini kereta klon atau sebaliknya. Namun JPJ akan hantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun melihat pada fizikal kereta, ada kemungkinan besar ia adalah kereta klon,” katanya tadi.

Zamri berkata, kereta itu ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Sultan Mohamad, di sini, beberapa hari lalu.

Ketika ditahan katanya, kenderaan berkenaan dipandu seorang lelaki yang mendakwa pengusaha bengkel membaiki dan mengecat kereta di Kampung Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Katanya, lelaki berusia lingkungan 40-an itu mendakwa pemilik kenderaan berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here