Denza D9 previu di Malaysia, lancar minggu depan

51

Denza D9 diperkenalkan di China pada 2022 yang mana MPV itu merupakan kerjasama antara BYD dan Mercedes-Benz.

Di negara asalnya disediakan dalam pilihan plug in hibrid atau elektrik dengan pacuan dua roda (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Sementara di Malaysia, D9 didatangkan dengan versi elektrik (BEV) dan sama seperti Thailand dan Indonesia, pasaran tempatan didatangkan dengan pacuan FWD dan AWD.

Bakal bersaing dengan Zeekr 009 dan Toyota Alphard serta Vellfire, pesaing baharu dalam segmen MPV saiz besar itu memiliki panjang 5,250mm, lebar (1,950mm) dan tinggi (1,920mm) serta jarak roda 3,110mm.

BYD Malaysia menawarkan dua pilihan varian iaitu :

Advanced (FWD)

  • Bateri : 103.36 kWh 
  • Output : 230kW | 360Nm
  • 0-100kmj : 9.5 saat
  • Motor elektrik bahagian depan
  • Jarak perbatuan : 600km (NEDC)
  • Pengecasan : DC 166kW | AC 11kW (30-80 peratus mengambil masa 30 minit) dan pengecasan selama 10 minit menawarkan jarak perbatuan 150km

Premium (AWD)

  • Bateri : 103.36 kWh 
  • Output : 275kW | 470Nm
  • 0-100kmj : 6.9 saat
  • Motor elektrik bahagian depan/belakang
  • Jarak perbatuan : 580km (NEDC)
  • Pengecasan : DC 166kW | AC 11kW (30-80 peratus mengambil masa 30 minit) dan pengecasan selama 10 minit menawarkan jarak perbatuan 150km

Berikut antara ciri peralatan ditawarkan pada Denza D9 :

  • Bentangan kerusi tujuh penumpang dengan lapan tahap pelarasan di bahagain depan dan kerusi kapten barisan kedua dengan10 tahap pelarasan
  • Setiap kerusi kapten didatangkan dengan skrin digital pada perehat tangan serta fungsi pemanas/ventilasi dan urut 10 poin
  • Peralatan standard termasuklah lampu depan LED automatik, lampu belakang LED, rim 18-inci, pintu gelunsur, bumbung panorama, kawalan pendingin hawa tiga zon dan masuk tanpa kunci
  • Skin sentuh infotainment 15.6 inci dan kluster instrumental 10.25 inci, sistem audio Dynaudio 14 pembesar suara, pengecas tanpa wayar dan enam slot USB
  • Turut tersedia peti ais 6.8 liter dengan dua kawalan suh (-6 dan 50 darjah celcius)
  • Varian AWD didatangkan dengan tambahan ciri memori pada kerusi depan, kemasan kulit Nappa dan kayu serta paparan head up
  • D9 dilengkapi dengan peredam adaptif, varian FWD menggunakan suspensi redaman pembolehubah Frekuensi Selective manakala AWD dilengkapi Sistem Kawalan Peredam Badan Pintar DiSus-C
  • Ciri keselamatan lain termasuklah 8-beg udara termasuk ADAS (kawalan kruise automatik, brek kecemasan autonomi, amaran trafik depan dan belakang bersama brek auto, amaran perlanggaran belakang, amaran tukar lorong dan amaran kekal lorong

Berapakah harga MPV elektrik tersebut?, BYD Malaysia akan mengumumkan tanda harga Denza D9 pada hari pelancaran minggu depan.

Sebagai perbandingan, Indonesia melancarkan D9 Januari lalu pada harga IDR 950 juta (RM258,802). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here